BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

28 January 2013

novel pertama- Spy Julieana-(bab 1)

     "Julieana,esok kamu sudah kena masuk ke sekolah baru dan mendapat kawan - kawan baru,dah siapkan pakaian sekolah dan barang barang sekolah?"kata Mak Cik Melina,iaitu kakak kepada ayah Julieana.

     "Sudah,mak cik."kata Julieana sambil duduk di hadapan rumahnya.

     "Mak cik,kenapa ayah masih tidak pulang ke rumah? Sudah 2 tahun ayah menghilangkan diri secara tiba - tiba."kata Julieana dengan perasaan sedih memikirkan tentang ayahnya.

     Mak cik Melina terkaku sebentar kerana dia mengetahui apa yang terjadi kepada ayah Julieana lalu berkata,"Mak cik pun tidak tahu,tak payahlah fikir tentang itu lagi,mari kita menunaikan solat zohor bersama - sama,waktu zohor sudah masuk ni."

     "Emm..ok."lalu Julieana masuk ke dalam rumah untuk menunaikan solat zohor.

     Pada keesokan hari,"Julieana!Julieana!bangun! dah masuk solat subuh dah ni.Lepas ni kena siap siap nak pergi ke sekolah baru."kata Mak Cik Melina.

     "Ye,ye...baiklah."kata Julieana sambil menguap kerana masih merasa mengantuk.

     Selepas Julieana menunaikan solat subuh dan bersiap - siap untuk ke sekolah,dia terus memakan roti yang dibuat oleh mak ciknya lalu bersalaman dengan makciknya.

     "Makcik! Julie pergi sekolah dulu ye.Assalamualaikum."

     "Ok...elok elok ye , waalaikummussalam."Dengan hati gembira makcik Melina menjawab ,lalu Julieana segera pergi ke sekolah barunya.

     Apabila Julieana tiba disekolah,dia pergi bertanya kepada pengawal sekolah dimana terletaknya pejabat sekolah untuk pergi berjumpa dengan guru besar sekolah tersebut.Sekolah itu juga terkenal dengan kepintaran murid iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong.

     Apabila dia sudah tahu dimana lokasi nya,dia terus bergerak kepejabat .Akhirnya,dia sudah menjumpai pejabat guru besar.

     "Assalamualaikum,Puan pengetua."Julieana berkata dengan penuh sopan dihadapan pengetua sekolah tersebut.

     "Waalaikummussalam,owh..kamu murid baru bukan?ok,mari saya tunjukkan kelas baru kamu."Pengetua itu barkata dengan suara yang perlahan dan sopan.

     "Betul tu,saya murid baru di sini,baiklah."tanpa berlengah lagi, julieana mengikuti pengetua sekolah untuk ke kelas baru.


Suasana di dalam kelas 4 Epsilon......
sangat bising kerana tiada guru didalam kelas.
Terutama sekali Kumpulan  The Wannagirls yang mempunyai 7 orang ahli yang gedik dan kaya .
Dan banyak juga perempuan - perempuan terutama sekali kumpulan The Wannagirls yang sedang menggoda seorang lelaki yang paling kacak di dalam sekolah itu yang bernama Daniel Razman bin Johan.

     "Pengetua datang!!Pengetua datang!!" seorang lelaki menjerit dengan memberitahu supaya mereka semua diam kerana lelaki itu ternampak kelibat pengetua yang berjalan menuju kearah kelas tersebut.

     Kemudian pengetua pun masuk ke dalam kelas tersebut lalu memberi salam."Assalamualaikum, murid-murid."

     "Waalaikummussalam,cikgu!"murid-murid tersebut menjawab salam dengan bersemangat seperti biasa hari persekolahan .

     "Hari ini,kamu semua akan mempunyai kawan baru.Sila masuk."pengetua berkata.

     Julieana terus masuk di dalam kelas itu, lalu pelbagai percakapan dan kerenah murid - murid tersebut,"Waaaah, cantik nya dia." "Putihnya muka dia." "comel nya!"pelbagai lagi komen-komen daripada mereka.

     Tidak terlepas pula pandangan daripada Daniel Razman , iaitu lelaki paling kacak dan tampan di sekolah itu.Dengan cara pandangan dia, terbeliak matanya dan kaku sebentar apabila melihat wajah Julieana yang cantik,comel , malah berseri-seri muka Julieana.

     Malah,kumpulan The Wannagirls tidak suka dengan Julieana walaupun baru sahaja melihat sekelip mata."Ish,dia tu tak cantik langsung.Saya lagi cantik daripada dia because saya adalah anak kepada Tan Sri Shah Zaffry bin Tan Sri Shah Rizal bin Tan Sri Shah Fiqal bin Tan Sri Shah Minal bin Tan Sri Shah Imran. You all kan dah tahu my father and my father punya father and my father punya father punya father and also my father punya father punya fatther punya father, semua Tan Sri.So, mestilah saya ni cantik."tidak terlepas peluang Sofea,iaitu ketua kumpulan The Wannagirls untuk bergosip dan memberi banyak komen.

     "Betul tu,saya setuju"kata Mira, iaitu anak Sultan di Singapore.

     "Sila memperkenalkan tentang diri kamu kepada semua murid ini."kata pengetua itu kepada Julieana.

     "Nama saya ialah Julieana Amanda binti John, panggil saya Julie.Nama ayah saya pula John bin James Bond.Sekarang umur saya belum masuk tingkatan 4 kerana belum masuk birthday lagi. Birthday saya 1/7/1997.Saya sekarang tinggal bersama mak cik saya kerana ayah saya sudah 2 tahun menghilangkan diri.Saya harap kamu semua dapat memberi tunjuk ajar kepada saya.Dan, selamat berkenalan."Julieana memperkenalkan dirinya dengan penuh semangat.

     "Ok,baiklah.Sila duduk di sebelah tempat kosong sana."pengetua memberikan arahan.

     "Baiklah."Julieana berkata , lalu dia duduk di belakang Daniel .

     Alangkah gembiranya Daniel kerana Julie dapat duduk dibelakangnya.

     Tiba-tiba datang sebuah tangan perempuan dari sebelahnya selepas dia hendak duduk di atas kerusi tersebut lalu perempuan itu berkata,"Hai,nama saya Sarah Farzana binti Zahry.Selamat berkenalan!"

     Dengan senang hati Julie barsalaman dengannya dengan perasaan gembira.

_________TAMAT BAB 1_________

sory kalau x best..
and jangan lupa komen tentang story ni ye.. ;)
nanti saya sambung lagi...

27 January 2013

teringin nk buat novel..

hai... apakhabar...
hari ni saya rasa macam nk buat novel..
nk buat cerita macam akak"Ain Maisarah" pembuat novel...
skrang tengah boring...
haaaa...ni nk tanya... korang semua dah baca ke benda benda saya tulis kat dalam blog nih??...
haa...jangan lupa baca and comment tau..!!!

tentang novel..nanti saya buat..
^_^

hasil kerja untuk menyiapkan timeline cover kawan saya tempah..


26 January 2013

gambar editan saya yang paling saya suka...



usaha membuat timeline cover fb menggunakan photoscape

 
usaha saya membuat timeline cover di fb saya cantik x?
please coment!!!